Hospital Singapura giat tarik petugas kesihatan Malaysia: Ini jawapan Menteri

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk memastikan petugas kesihatan kekal berkhidmat di Malaysia namun usaha pihak Singapura tidak akan dihalang.

“Kita tidak akan lengahkan, percepatkan proses serapkan petugas kontrak kepada jawatan tetap. Sejurus kita ada kekosongan, kita akan lakukan,” katanya.

“Kita memang tidak ada halangan (terhadap) perekrutan rentas sempadan. Ia adalah hak individu. Ini juga sejajar dengan Perjanjian Pengiktirafan Bersama dan Perjanjian Rangka Kerja Asean mengenai Perkhidmatan.

“Namun pastinya kita mahukan doktor kita, pakar kita malah jururawat kita yang memiliki latihan asas lanjutan untuk kekal bersama kita,” katanya.

Sebelum ini sistem doctor kontrak turut diwujudkan sebelum ini untuk menangani lonjakan graduan perubatan.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada usaha hospital Singapura yang akan mengadakan temuduga langsung dengan doktor dan pengamal perubatan.

Temuduga tersebut dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Isu ini juga telah dibangkitkan oleh seorang senator baru-baru ini.

BACA JUGA: Rekrutmen terus doktor oleh Singapura: Isyarat jelas perlunya reformasi kesihatan negara