Pelaksanaan adendum: Biar mahkamah jadi penentu
Mahkamah ialah ruang terbaik untuk menentukan titah addendum boleh dilaksanakan atau tidak, kata pengerusi KANUN AMANAH, Dr Dzulqarnain Luqman.
“Persoalannya adakah titah yang dibuat di luar mesyuarat itu masih mengikat kerajaan untuk dilaksanakan.
“Keduanya mahkamah juga akan melihat peruntukan undang-undang sedia ada sama ada mencukupi untuk kerajaan laksanakan tahanan rumah tersebut.
“Untuk masa ini kita perlu beri ruang kepada mahkamah,” kata beliau ketika mengulas isu permohonan Umno agar titah tersebut dilaksanakan bagi membolehkan mantan presiden UMNO menjalani hukuman tahanan di rumah.
Mengulas isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kerajaan menghormati pandangan semua pihak namun proses perlu dihormati.
“Tak apa dan (adendum masih) urusan mahkamah sekarang, tak ada masalah. (Biar) urusan mahkamah.
“Pandangan masing-masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses,” kata Anwar semalam selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim Presint 15, Putrajaya.
Titah addendum yang ditandatangani oleh Agong ke-16 menitahkan Najib menjalani hukuman tahanan di rumah.
BACA JUGA: Hormati pandangan tapi ikut proses, kata PM berkenaan Titah Adendum dan permintaan UMNO