Kes dadah babit usahawan salun mungkin ada rangkaian sindiket antarabangsa

Sindiket dadah yang ditahan didalangi usahawan salun dan kedai makan membabitkan 35.4 kilogram (kg) pil yaba pada 27 Jun lalu mungkin mempunyai rangkaian sindiket dadah antarabangsa.

Polis Kelantan masih menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung kemungkinan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya akan mengesan semua saki-baki kumpulan sindiket berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan polis menahan enam suspek termasuk pasangan suami isteri dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda seberat lebih 35.4 kg bernilai RM5.04 juta di Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha, pada 27 Jun lalu.

Semua suspek iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia 25 sehingga 39 tahun itu dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah sejak 2022.

BACA JUGA Selepas berbasikal di Tasik Putrajaya, Tun M kini berehat di IJN