MB Pas ini rupanya tunggu Tun M kayuh basikal

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan antara yang menunggu kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program di Putrajaya pagi tadi.

Memetik BH, selain Naib Presiden Pas itu, turut menanti adalah isteri Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta anak mereka, Tan Sri Mokhzani Mahathir.,

Walau bagaimanapun Mahathir meninggalkan program Picnic & Potluck itu lebih awal selepas dilaporkan mengalami sedikit keletihan.

Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu.

Aktiviti itu juga bersempena ulang tahun kelahiran ke-99 Dr Siti Hasmah pada 12 Julai.

Sebelum itu, Mahathir tiba jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ (berkembar) di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Namun, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu kemudiannya menuju ke meja sarapan yang disediakan dan akhirnya meninggalkan program kira-kira jam 10 pagi.

Mengulas keadaan bapanya, Mokhzani memberitahu pemimpin berusia 100 tahun itu keletihan selepas menghadiri satu program semalam serta kurang tidur.

Beliau menjelaskan pagi ini pula Tun M terus berkayuh agak jauh membuatkan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu selama 30 tahun itu berasa sedikit letih.

“Selepas bersarapan dan menjamah sedikit kuih serta kopi beliau kembali segar,” kata Mokhzani lagi.

@vocket

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal pagi ini selepas dilaporkan sedikit keletihan. Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan hari kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai. #tunmahathir #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – vocket – vocket

BACA JUGA Penganjur program motivasi ‘terlampau’ rupanya ahli keluarga orang politik?