Rejim Zionis terus mengganas, lebih 800 pencari bantuan GHF terkorban

Rejim Zionis Israel terus mengganas dengan sekurang-kurangnya 805 rakyat Palestin telah terkorban sejak 27 Mei lalu ketika menunggu bantuan makanan di pusat agihan dikendalikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).

Pejabat Media Kerajaan Gaza menyatakan bahawa tentera rejim Zionis Israel dan pihak dari Amerika Syarikat (AS) yang mengurus tapak agihan bantuan sedang “membunuh orang awam yang kelaparan secara sistematik”.

Lapor Al Jazeera memetik kenyataan tegas pejabat itu, “jurutera genosid sedang berlaku di bawah tajaan AS berserta negara-negara yang bersekongkol.”

Dalam masa sama, pejabat itu turut menyifatkan tapak bantuan yang dikendalikan oleh GHF sebagai “perangkap maut.”

Dalam masa sama, pejabat itu turut menyifatkan tapak bantuan yang dikendalikan oleh GHF sebagai “perangkap maut.”

Menurut angka terkini yang dikeluarkan pejabat itu, seramai 5,252 orang cedera ketika menghampiri tapak bantuan GHF manakala 42 orang dilaporkan hilang sejak GHF mula beroperasi di Gaza pada 27 Mei lalu.

Medan pembunuhan

Pusat-pusat bantuan tajaan Israel dan AS itu menjadi lokasi keganasan hampir setiap hari.

GHF hanya mengendalikan empat lokasi utama di selatan dan tengah Gaza manakala kawasan utara yang paling terjejas tanpa sebarang akses ditinggalkan.

Laporan Euro-Med Human Rights Monitor mendedahkan, pusat-pusat GHF itu bukanlah zon selamat, sebaliknya menjadi ‘medan pembunuhan’.

Tentera Israel didakwa sengaja menyasarkan orang awam yang kelaparan sehingga Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterre pernah menyifatkan operasi bantuan GHF di Gaza itu sedang membunuh orang awam.

Beberapa saksi dilapor berkata, tentera rejim melakukan tembakan secara rawak dan terus ke arah kepala mangsa, walaupun tiada ancaman terhadap pasukan negara haram itu.

Malah, tersebar rakaman video bukti seorang askar AS yang merupakan sebahagian daripada GHF dilihat melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang kelaparan di pusat agihan bantuan di Rafah.

BACA JUGA Penganjur program motivasi ‘terlampau’ rupanya ahli keluarga orang politik?