Agong berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berangkat sama, Tunku Idris Iskandar sebagai wakil rasmi Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

Pra-Mesyuarat merupakan sebahagian daripada proses persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini.

Mesyuarat dijangka menjadi tumpuan susulan kemelut kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

BACA JUGA Tak perlu lagi sirlion steak atau ikan kod di majlis rasmi kerajaan – Mat Sabu