MP Pas pro-Trump ini kena ‘sembur’ selepas perlekeh pengumuman PM Anwar
Seorang pemimpin Pas yang pernah mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dilihat kena ‘sembur’ selepas memperlekeh pengumuman Perdana Menteri berkenaan “penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia”.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini secara sinis mengaitkan pengumuman Datuk Seri Anwar malam tadi dengan peletakan jawatan.
“Tiada pengumuman paling besar dan berharga pada masa sekarang kecuali pengumuman PMX letak jawatan,” katanya diikuti tanda pagar Turun Anwar.

Hantaran Ketua Penerangan Pas itu di Facebook dilihat hanya mengundang cemuhan orang ramai termasuk daripada pengamal undang-undang.
Antaranya, Liyana Marzuki yang bertanyakan kepada Fadhli siapa daripada kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang akan menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Siapa nak ganti PMX? Boleh cadangkan? Tan Sri Mahiaddin ada kes rasuah. Hamzah ada kes anak rembat subsidi.
“Mungkin YB nak calon Presiden Pas. Tu boleh buat Trump lari. Habislah, YB kan penyokong tegar Trump,” sindir Liyana lagi.

Kempen Turun Anwar juga ditempelak pengguna Facebook, Atiq Mustafa yang menulis, “Nak tunggu bertanding PRU tak pasti lagi menang atau kalah. Minta letak jawatan senang nak ‘tebuk atap’ 2.0.”
Malah, ada yang sebenarnya lebih ternanti-nantikan pengumuman Fadhli sendiri untuk meletak jawatan.
“Saya tunggu pengumuman Fadhli Shaari letak jawatan je… menguruskan rakyat di Parlimen Pasir Mas pun ke laut,” perli Faizani Hassan.
Tidak kurang juga yang mencemuh Pas yang kelihatan lebih ‘bising’ berbanding Bersatu dalam tuntutan supaya Anwar meletak jawatan.
“Siapa bakal PM PN? Dari Pas ke pun, nanti bagi Bersatu juga. Jadi, baik diam je lah,” ujar Faizani Hassan.
BACA JUGA ‘Penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia’, ramai teruja gimik PM Anwar