Tema “Membangun Ummah MADANI” angkat MTHQA Ke-65 sebagai platform tamadun Islam global – Mohd Na’im

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 65 Tahun 1447H/2025M. Turut hadir YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) Kuala Lumpur. 14hb Julai 2025 (Isnin)

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 berlangsung bermula 2 hingga 9 Ogos. Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri memulakan dengan mengajak hadirin merenung Surah Ali-‘Imran ayat 110, yang menekankan peranan umat Islam sebagai sebaik-baik umat dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Beliau menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan persediaan MTHQA ke-65 yang bertemakan “Membangun Ummah MADANI”.

“Pemilihan tema ini amat bertepatan dengan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat bertamadun yang seimbang dari sudut spiritual, intelektual, dan akhlak,” ujar beliau.

[15/07, 12:45 am] Wannazek 016: Penganjuran Bertaraf Dunia

MTHQA ke-65 akan menghimpunkan 72 peserta dari 50 buah negara yang terdiri daripada dua kategori utama: Tilawah Al-Quran dan Hafazan 30 juzuk. Malaysia akan diwakili oleh empat peserta terbaik tanah air, iaitu Tilawah: Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (Perak) dan Wan Sofea Aini binti Wan Mohd Zahidi (Terengganu) dan Hafazan: Muhammad Adib Ahmad Rozaini (Perak) dan Putri Auni Khadijah binti Mohd Hanif (Kelantan).

Majlis pembukaan rasmi akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Ogos, manakala penutup dan penyampaian hadiah dijadualkan pada pagi 9 Ogos. Majlis pembukaan rasmi akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Ogos, manakala penutup dan penyampaian hadiah dijadualkan pada pagi 9 Ogos.

Hadiah Lumayan & Tajaan Emas

Para peserta akan bersaing merebut hadiah wang tunai sehingga RM40,000.00 beserta sijil dan hadiah iringan. Tahun ini menyaksikan sokongan tajaan yang signifikan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui sumbangan barangan emas YaPEIM Gold kepada pemenang utama setiap kategori.

Para peserta akan bersaing merebut hadiah wang tunai sehingga RM40,000.00 beserta sijil dan hadiah iringan. Tahun ini menyaksikan sokongan tajaan yang signifikan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui sumbangan barangan emas YaPEIM Gold kepada pemenang utama setiap kategori.

Seramai 16 jemaah hakim dari pelbagai negara seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia dan Malaysia akan mengadili peserta berdasarkan kriteria ketat yang merangkumi tajwid, tarannum, fasahah, suara, hafazan dan kelancaran bacaan.

Antara pengisian sampingan yang bakal memeriahkan lagi MTHQA termasuklah persembahan qari jemputan, qasidah, nasyid, forum, tazkirah dan bacaan khas. World Quran Symposium (WQS) turut kembali pada 7 Ogos dengan menampilkan tokoh ternama antarabangsa, termasuk Imam Masjid Nabawi, TYT Sheikh Dr. Salah bin Muhammad al-Budair, serta pakar-pakar al-Quran dari Malaysia dan India.

MTHQA kali ini turut memperkenalkan inisiatif unik “Bacaan al-Quran Terpanjang di Dalam Kereta Api Merentasi Sempadan Antarabangsa” dari KL Sentral ke Hatyai, sebagai usaha mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records dan menyampaikan dakwah secara inovatif.
Bagi memastikan capaian kepada semua rakyat, MTHQA ke-65 akan disiarkan secara langsung di saluran RTM1, TV AlHijrah, serta platform media sosial rasmi JAKIM seperti Facebook, TikTok, TV JAKIM dan radio tempatan.

[15/07, 12:51 am] Wannazek 016: YB Senator Dr. Mohd Na’im dalam ucapan penutupnya menyeru seluruh masyarakat untuk hadir dan menyokong penganjuran MTHQA ke-65 sebagai tanda cinta terhadap al-Quran. “Marilah kita jadikan MTHQA sebagai platform menyemarakkan syiar Islam dan memperkukuhkan nilai al-Quran dalam kehidupan. Bersama kita bangunkan Ummah MADANI yang cemerlang,” katanya penuh semangat.