Kerangka Perundangan Baharu E-Dagang Bakal Perkukuh Perlindungan Pengguna dan Kawal Selia Platform Asing

FOTO BERITA: Sesi Libat Urus & Sidang Media semakan semula Perundangan E-Dadang. Hadir bersama YB Datuk Armizan Mohd Ali juga p Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh Timbalan Menteri KPDN di Silk Ballroom Zenith Hotel Putrajaya Jalan P2a, Presint 2, Putrajaya. 17 Julai 2025 Khamis. (Gambar UKK KPDN)

PUTRAJAYA, 17 Julai 2025 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini meneruskan komitmennya dalam memperkukuh ekosistem e-dagang negara dengan menganjurkan satu Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang bersama pelbagai pihak berkepentingan. Sesi ini merupakan sebahagian daripada siri konsultasi awam yang telah dijalankan sejak April 2024 dan kini memasuki fasa akhir sebelum dapatan kajian dimuktamadkan menjelang Ogos tahun ini. Sesi libat urus hari ini menyaksikan penyertaan meluas daripada wakil industri, pertubuhan pengguna serta agensi kerajaan.

Sesi ini bertujuan untuk, Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu perundangan serta jurang kawal selia dalam sektor e-dagang sedia ada. Mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua pemegang taruh ke arah membentuk satu kerangka perundangan e-dagang yang mampan dan inklusif.

    Tiga teras utama semakan semula antara dapatan awal daripada kajian ini menunjukkan keperluan meminda undang-undang sedia ada berdasarkan tiga teras utama, memperkukuh perlindungan pengguna dalam urus niaga dalam talian, meningkatkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak terlibat dan mewujudkan mekanisme kawal selia lebih efektif terhadap pertumbuhan pesat sektor ini.

    Salah satu cabaran yang dikenal pasti ialah kehadiran platform-platform luar negara yang tidak tertakluk kepada perundangan tempatan, sekali gus menimbulkan ketidakseimbangan dalam landskap persaingan. Sehubungan itu, KPDN turut mencadangkan mekanisme kawal selia merangkumi, pemakaian perundangan luar wilayah (Extra Territorial) dan jalinan kerjasama penguatkuasaan dengan pihak berkuasa di negara-negara asal syarikat tersebut.

    Kerjasama dan maklum balas daripada pihak industri, pengguna dan agensi penguat kuasa adalah penting dalam memastikan rangka perundangan baharu ini benar-benar inklusif dan mencerminkan realiti semasa pasaran. Sebagai kesinambungan, dua lagi sesi libat urus akan diadakan di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat bagi memperkukuh penyertaan semua pihak sebelum cadangan dimuktamadkan.

    Sebagai kesinambungan, dua lagi sesi libat urus akan diadakan di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat bagi memperkukuh penyertaan semua pihak sebelum cadangan dimuktamadkan.

    Statistik menunjukkan sektor e-dagang kekal sebagai pemacu utama ekonomi digital negara. Pendapatan keseluruhan sektor ini mencatatkan, RM1.18 trilion pada 2023 (berbanding RM1.13 trilion pada 2022), RM1.22 trilion setakat 2024 dan disasarkan mencecah RM1.65 trilion menjelang 2025, selaras dengan sasaran Pelan Strategik NESR 2.0. Dengan pertumbuhan pesat ini, langkah mereformasikan kerangka perundangan e-dagang adalah penting bagi memastikan ia seiring dengan kepentingan pengguna, keperluan industri dan keselamatan transaksi digital negara. Kerangka Perundangan Baharu E-Dagang Bakal Perkukuh Perlindungan Pengguna dan Kawal Selia Platform Asing