296 mangsa rugi hampir RM83 juta akibat skim pelaburan tidak sah, MHO serah aduan kepada JSJK Bukit Aman

FOTO BERITA: Serahan Dokumen & Sidang Media oleh Dato’’ُ Hishamuddin Hashim Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengenai Pelaburan I-RPS dan saham yang disyaki tidak sah melibatkan 296 orang pengadu dengan kerugian Rm83 juta ke JSJK Bukit Aman, PDRM Menyara 238, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 17hb Julai 2025 (Khamis)

Skim pelaburan berkenaan merangkumi tawaran saham keutamaan boleh tebus Islamik (Islamic Redeemable Preference Shares – i-RPS) yang ditawarkan oleh tiga syarikat tempatan, serta pelaburan dalam saham hartanah yang dianjurkan oleh sebuah lagi syarikat tempatan.

Menurut MHO, mangsa-mangsa yang terdiri daripada individu pelbagai latar belakang telah tampil membuat laporan kerana berhadapan dengan kerugian besar dan mengesyaki unsur penipuan dalam penawaran skim tersebut. Kesemua mereka hadir ke JSJK Bukit Aman hari ini bagi mendesak agar siasatan dipercepatkan serta hasil siasatan dapat segera dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.

MHO menekankan bahawa siasatan rentas agensi perlu digerakkan dengan penglibatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia, serta agensi pemantauan kewangan lain bagi memastikan semua aspek disiasat secara menyeluruh dan telus.

Mangsa turut merayu agar siasatan tidak hanya tertumpu kepada individu-individu yang dikenal pasti sebagai ejen atau dalang utama, tetapi turut merangkumi:

Memandangkan modul penipuan pelaburan kini semakin kompleks dan merentas sempadan, MHO mencadangkan agar sebuah Pasukan Khas Siasatan (Task Force) antara agensi ditubuhkan untuk menangani kes penipuan pelaburan berskala besar dengan lebih berkesan. Usaha ini diyakini mampu mempercepat proses pengesanan, pengumpulan bukti, dan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, MHO menggesa pihak berkuasa untuk menyediakan satu garis panduan rasmi berkaitan pelaburan sah dan patuh undang-undang;

Daftar awam syarikat pelaburan berlesen, agar orang ramai boleh menyemak status dan kelulusan syarikat sebelum membuat keputusan melabur.

MHO turut menzahirkan penghargaan kepada pihak JSJK Bukit Aman atas komitmen dan kerjasama dalam menangani kes penipuan pelaburan yang semakin berleluasa dan menyatakan harapan agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua mangsa
