“Tunggu, tak Isnin, Selasa” – PM bagi ‘hint’ perkara besar apa nak diumumkan

Biarpun tidak memperincikan apakah bentuk pengumuman khas untuk rakyat Malaysia, namun Perdana Menteri seolah-olah memberi bayangan bahawa ia berkait dengan kos sara hidup rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun meminta sedikit masa lagi untuk mengumumkan perkara itu.

Beliau mahu pasukannya di bawah Kementerian Kewangan menyediakan ‘kejutan’ berkenaan secara lebih terperinci supaya ia lebih mantap.

“Setiap hari di Kementerian Kewangan bergelut cari (pendekatan) yang boleh diumum dalam masa singkat, mesti umum tangani kos sara hidup.

“Jadi tunggu, kalau tak Isnin, Selasa ini. Dalam masa dua ke tiga hari lagi. Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, sekarang kita nak bagi mantap dulu, doa bagi elok-elok,” katanya dalam satu program di Pulau Pinang  hari ini.

Anwar sebelum ini memuat naik satu poster, akan membuat pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

BACA JUGA Gelabah diserbu SPRM, suspek rasuah projek pusat data bakar duit RM1 juta