Myopia negara dipermainkan

LIYANA MARZUKI

Satu masa dulu, kita diperintah oleh raja mutlak.

Monarki. Titah raja adalah undang-undang.

Sampai suatu ketika, Rakyat tak tahan.

Makanya, terjadilah Sultan Mahmud mangkat di julang.

Masa nak merdeka, kita terpikir kuasa tak boleh kekal pada satu jalur darah.

Harus dikongsi.

Akhirnya, negara sambut satu cita-cita besar:

Demokrasi.

Kuasa diberi kepada rakyat.

“From the people, by the people, for the people.”

Raja disekat kuasanya.

Kerajaan dibina atas suara terbanyak.

Negara dimiliki semua, bukan golongan tertentu.

****************

Tapi demokrasi juga ada gelapnya.

Bila kuasa diberi tanpa ilmu,

bila pilihan dibuat ikut marah dan bukan fikir,

bila suara terbanyak tidak disemak oleh nilai…

Demokrasi boleh berubah jadi pemerintahan gerombolan.

— mob rule.

Plato dan Aristotle pernah beri amaran:

Demokrasi yang longgar boleh melahirkan tirani.

Bila rakyat bebas tanpa arah,

maka yang naik bukan yang terbaik,

tapi yang paling pandai menjerit.

**************

🇺🇸 Contoh paling jelas: Amerika Syarikat.

Donald Trump bukan naik kerana dasar.

Tapi kerana persepsi.

maka dia ciptakan kebencian, musuh palsu, dan ketakutan.

“Make America Great Again” bukan polisi.

Ia emosi.

Dia tahu — rakyat yang marah, senang dimanipulasi.

Lalu dia dumb down rakyat.

Fakta diketepikan.

Teori konspirasi dinaikkan.

Media dihina. Institusi dicabar.

Rakyat disuruh percaya bukan pada kebenaran —

tetapi pada suara yang paling kuat.

Akhirnya, Capitol Hill diserbu.

Bukan oleh askar. Tapi oleh rakyat.

Kononnya mahu selamatkan demokrasi —

padahal sedang membakarnya.

🇵🇭 Filipina juga tak terkecuali.

Anak Marcos menang besar.

Bukan sebab dia cemerlang.

Tapi kerana TikTok ubah sejarah.

Bila sejarah diputar,

maka dosa lama pun boleh dibungkus jadi nostalgia.

*****************

Apa jadi bila rakyat dibius dengan emosi?

Politik tidak lagi dinilai melalui polisi, khidmat atau akhlak.

Tetapi melalui sentimen dan persepsi.

Mereka dumbdown kita dengan Politik taksub dan Politik benci.

“Asal bukan dia”- tanpa sebab musabab

“Tak kisah la dia tak pandai kerja, janji dia “berani”

“Tak kisah lah rasuah dan salah guna kuasa, asal “orang kita” yang memerintah”

Rakyat yang cerdik pun mula beremosi.

Akhirnya mengundi secara MYOPIC (satu lorong)— melihat hari ini, tanpa memikirkan apa yang akan jadi hari esok.

Syed Hussein Alatas pernah ingatkan —

“bila rakyat hilang semangat berfikir dan pemimpin hanya pandai main emosi,

maka negara bukan dipimpin — tapi dipermainkan.”

***************

Jadi apa penyelesaian?

Untuk demokrasi nak berjalan dengan cemerlang.

Kita bukan perlukan pemimpin yang memekik paling lantang.

Tetapi pengundi yang bijak dan matang.

Yang menilai dengan akal, bukan ikut herd mentality.

Yang bertindak sebagai pengadil, bukan penyokong taksub.

Itu jihad intelek yang perlu kita bawa…

Kalau anda cintakan negara, let us speak up against dumbing down, half truths and propaganda.

Call out leaders yang rakus nak berkuasa bukan untuk bekerja. Tapi untuk kaya dan makan gaji buta.

Kerana demokrasi tidak mati sekali.

Ia hilang sedikit demi sedikit.

Setiap kali rakyat yang nampak,

memilih untuk senyap….