Kes Zayn Rayyan: Ini nasib ibu bapanya
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Syahliza Warnoh memutuskan bahawa pihak pendakwaraya telah membuktikan adanya kes prima facie terhadap ibu allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf tetapi gagal membuktikan kes terhadap bapanya Zaim Ikhwan Zahari.
Pasangan suami isteri tersebut dituduh mengabaikan anak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Ismanira telah diberikan telah diberikan tiga pilihan: beri keterangan bersumpah dari kandang saksi, beri keterangan tidak bersumpah atau mendiamkan diri.
Ismanira telah memilih pilihan pertama.
Zaim pula telah dibebaskan.
Pada 24 April lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 4 Februari lepas.
Antara saksi pendakwaan yang memberi keterangan ialah orang pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan, Faizul Najib Abd Munaim, pengasuh mangsa Auni Afiqah Abas, pakar perubatan perunding forensik Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh yang mewakili kedua-dua tertuduh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 30 tahun didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Mereka didakwa bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023. Mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.
BACA JUGA: PN retak tiada hala tuju, berebut kuasa tanpa agenda rakyat