Benarkah pengampunan terhadap PMX cuma gugur hukuman, sabitan kekal?

Oleh LIYANA MARZUKI

Dari sudut Perlembagaan, kuasa untuk memberi pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 42.

Namun, kuasa ini bukan bertindak secara mutlak — ia dijalankan atas nasihat Perdana Menteri dan Lembaga Pengampunan.

Pada tahun 2018, selepas PRU14, Tun Dr Mahathir (ketika itu Perdana Menteri ke-7) menasihati YDPA agar Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen pilihan raya yang dijanjikan oleh kerajaan ketika itu.

Nasihat Tun M kepada YDPA adalah satu tanggungjawab rasmi bawah Perlembagaan.
Bukan budi bicara peribadi.

Bukan rundingan rahsia.

Ia adalah fungsi sah Perdana Menteri kepada Institusi Raja.

📌 Apa yang berlaku?

PM10 diberi pengampunan penuh oleh YDPA. Bukan separuh. Bukan potong hukuman. Tapi free pardon yang secara undang-undang:

✅ Menggugurkan hukuman
✅ Menghapuskan sabitan
✅ Menjadikannya layak semula bertanding dalam PRU.

📌 Ada cabaran?

Ya. Seorang peguam, Khairul Azam Abdul Aziz (dulu geng GTA) mencabar kesahihan pengampunan tersebut di Mahkamah Persekutuan — mahkamah tertinggi negara.

Beliau mendakwa pengampunan itu tak sah kerana kononnya prosedur tidak lengkap, antaranya kerana Lembaga Pengampunan belum bersidang penuh.

Kes ini didengar oleh panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat — yang dilantik sewaktu Tun Mahathir menjadi PM ke-7.

📌 Apa keputusan mahkamah?

Mahkamah Persekutuan tolak cabaran itu.

Keputusan jelas:

✅ Pengampunan PM10 adalah sah
✅ Proses dibuat ikut lunas Perlembagaan
✅ Kuasa YDPA adalah sah — dan nasihat PM ketika itu adalah sebahagian daripada proses berperlembagaan.

📌 Apa kata Peguam Negara?

Peguam Negara turut mengesahkan:

✅ “Pengampunan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah sah dan dilakukan mengikut undang-undang.”
✅ Tiada isu yang berbangkit
✅ Tiada keperluan untuk pertikaian semula.

Betul ke “Pengampunan cuma gugur hukuman, sabitan kekal”?

Jawapan: Tidak.
Itu hanya berlaku jika pengampunan bersifat separa (commutation).
Dalam kes PM10, beliau diberi pengampunan penuh (free pardon) — yang menghapuskan kedua-dua sabitan dan hukuman.

💡 Rumusan:

✅ Pengampunan PM10 sah dari segi undang-undang
✅ Cabaran sudah didengar di Mahkamah Persekutuan — dan ditolak
✅ Ketua Hakim Negara lantikan PM7 sendiri yang putuskan
✅ Peguam Negara sahkan tiada isu perundangan.

Kalau masih nak pertikai, itu bukan sebab isu undang-undang tapi dengarnya ada hati nak naik kali ketiga.

“Kalau yang lain tak sesuai, saya naik pun tak apa.”

Itu kata Thanos kita, yang #lilbird keliling dia sampaikan pada saya.

Walau dalam media kata nak jadi Penasihat sahaja. Ulang antik lama episod 103.

Kita boleh kritik kerajaan tapi jangan ubah fakta ikut musim. Perkara yang sudah selesai di mahkamah, jangan dipusing semula atas pentas ceramah.

Fakta tetap fakta. Tak kira siapa pun watak politik hari ini, kita wajib pertahankan yang benar walaupun kadang-kadang ia tak sedap didengar.

BACA JUGA Kadar inflasi pada Jun turun kepada 1.1 peratus