“Penghargaan untuk rakyat” diumum esok pagi, ini harapan PM
Perdana Menteri akan mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia jam 10.30 pagi esok.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghargaan itu adalah tanda keprihatinan kerajaan MADANI kepada rakyat.
“Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.
“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia.
Jelasnya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
BACA JUGA Benarkah pengampunan terhadap PMX cuma gugur hukuman, sabitan kekal?