Sidang Dewan tamat malam, MP Besut jadi ‘last man standing’ wakili pembangkang
Sidang Dewan Rakyat malam tadi menyaksikan seorang wakil pembangkang sahaja yang kekal berada di dalam Dewan sehingga sesi berakhir sekitar jam 8.50 malam.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohammad Zulkifly Jusoh menjadi satu-satunya wakil rakyat pembangkang yang tinggal untuk mengikuti sidang Dewan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin yang melihat keberadaan Mohammad Zulkifly di dalam Dewan berseloroh menggelarkan MP PN itu “the last man standing”.
Semalam merupakan hari pertama sidang Parlimen. Ia dijangka akan berlangsung sehingga 28 Ogos.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan sidang Parlimen kali ini dijangka berlarutan sehingga malam.
Antara urusan penting yang dijadualkan untuk dibahaskan termasuk Rang Undang-Undang (RUU), usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025 serta laporan tahunan dan penyata kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
BACA JUGA Bila ulama sokong partinya… begini, tak sokong… begitu pulak