Minyak turun, Malaysia kini antara 10 negara dengan harga petrol termurah di dunia

Dengan penetapan harga baharu RON95 yang turun kepada RM1.99 seliter pada September nanti, Malaysia bakal tersenarai antara negara dengan harga petrol paling rendah di dunia.

Berdasarkan perbandingan harga yang dikongsikan dalam satu infografik, Malaysia berada di tangga kesembilan daripada sepuluh negara dengan harga RON95 termurah.

Negara-negara lain yang termasuk dalam senarai dan berada di kedudukan tiga teratas adalah Iran (RM0.13 seliter), Libya (RM0.14 seliter), dan Venezuela (RM0.16 seliter).

Di tangga keempat ialah Angola (RM1.51 seliter), diikuti Mesir dan Algeria (masing-masing RM1.56 seliter), Kuwait (RM1.57 seliter), dan Turkmenistan (RM1.97 seliter).

Malaysia berada di hadapan Kazakhstan yang mencatatkan harga RM2.18 seliter.

Manakala harga RON95 di Arab Saudi pula adalah sekitar RM2.63 seliter.

Penetapan harga RM1.99 seliter bagi RON95 merupakan satu bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam membela kebajikan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan langkah penyaluran subsidi bersasar sebagai antara usaha mengekang ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Hari ini, rakyat Malaysia menyambut baik pengumuman beberapa inisiatif bantuan kos sara hidup diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah berkenaan merangkumi pemberian tunai sekali bayar sebanyak RM100, cuti umum seluruh negara pada 15 September ini serta penurunan harga petrol RON95.

Perancangan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menerusi mekanisme subsidi bersasar turut disambut baik ramai.

BACA JUGA Setiap hari ulang alik naik motor, minyak turun 6 sen rasa lega sangat – luahan rakyat