Apa erti pengumuman PMX semalam? Ahli ekonomi kupaskan

Ahli ekonomi Dr Barjoyai Bardai menyifatkan pengumuman penghargaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai strategi jangka pendek untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

“Ini strategi jangka pendek untuk meningkatkan keyakinan dan sentimen isi rumah dalam keadaan ada krisis dunia. Pengumuman ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi yang dipacu sentiment dan keyakinan rakyat.

“Ia akan meningkatkan kesan pengganda dan pertumbuhan ekonomi. Kita perlukan satu boost untuk ayunan ekonomi,” kata professor yang mengajar di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia kepada Harapan Daily ketika dihubungi.

Semalam Anwar mengumumkan pemberian RM 100 melalui MyKad di Bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 22 juta rakyat Malaysia. Hari kelepasan am tambahan turut diumumkan pada 15 September.

Selain itu peruntukan Jualan Rahmah Madani ditingkatkan kepada RM600 juta dan kenaikan kadar tol telah ditangguhkan. Kelima ialah petrol RON95 pada tahap RM1.99 seliter.

“Ini kali pertama semua rakyat dewasa sejumlah 22 juta orang akan peroleh RM100. Apa yang kita lihat ialah kerajaan prihatin dan memberi bantuan untuk menyemarakkan ekonomi.

Berhubung cuti tambahan pula, Barjoyai mengakui Malaysia paling banyak mempunyai hari cuti. Beliau bagaimanapun optimistik bahawa produktiviti boleh ditambahbaik dengan teknologi seperti mana yang diamalkan di negara Barat yang mempunyai sistem empat hari bekerja dalam seminggu.

“Malaysia juga wajar mengamalkan system ini,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memperkenalkan rancangan jangka sederhana dan panjang dalam ekonomi.

“Malaysia memerlukan rombakan dalam system ekonomi demi kesejahteraan hidup rakyat. Penstrukturan ejonomi perlu dibuat agar industry mikro, kecil dan sederhana berkembang.

“Sektor ini meyumbang kepada 65% ekonomi negara.”

BACA JUGA: Sekali diumum pengumuman penghargaan, rakyat Malaysia dapat 5 berita baik dari PMX