Negeri sendiri gagal urus, ada hati nak suruh Anwar turun
Oleh NORMAN RADZUAN
Jujur ‘Tujuh Keajaiban Dunia’ yang ada sekarang ini saya tidak terkagum dan pelik, sepelik mentaliti bangsaku berfikir.
Anda bayangkan di Terengganu, kerajaan negeri terpaksa minta bantuan Anwar Ibrahim untuk beri bonus.
- Cari pelabur tak mampu
- Jana pendapatan dalam negeri tiada idea
- Bayar bonus minta bantuan Anwar
- Akhirnya PMX dipersalahkan.
Dapat duit wang ihsan peruntuk RM5 juta untuk papan tanda Allah. Sedangkan kerajaan Terengganu hanya peruntukkan RM 120,000 untuk mencegah hakisan pantai yang mampu membuat ribuan rumah penduduk tenggelam di lautan.
Selepas itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sindir Anwar jika 60 sen barulah mengejutkan.
Ini 6 sen. MB tak sedar diri negeri Perlis tu jika tanpa bantuan kerajaan mana nak cari duit?
Sudahlah dalam pemilihan sebagai YDP Pas beliau hanya mendapat 44 undi. Ada hati nak komen sedangkan ahli parti sendiri menolak dirinya.
Sedikit tentang Kelantan dua hari berturut-turut terpaksa tamatkan Sidang DUN sebab tiada isu hendak dibahaskan.
Kemudian Dewan DUN Kelantan akui wang ehsan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan digunakan untuk pengurusan bukan pembangunan. Pendapatan negeri tidak dapat menampung kos pengurusan yang tinggi.
Beri duit mereka beli Mercedes, suruh bina lebuhraya kata buat apa sebab kesesakan setahun sekali. Kerjanya hanya beri hutan pada tauke-tauke sebagai sumber pendapatan.
Muka tak tahu malu
Seperti di Terengganu, penjawat awam terlalu ramai sama di Kelantan akhirnya wang diberi sepatutnya untuk pembangunan hanya digunakan untuk pengurusan.
Tiba-tiba ada hati ajak rakyat turun padang lawan Anwar. Pas perintah Kelantan sudah lebih 30 tahun tapi minta bantuan daripada Anwar yang baru jadi PM tiga tahun.
Di negeri sendiri gaji penjawat awam tak mampu dibayar, gaji guru Pasti hanya RM600 tiada KWSP, nak bayar gaji kakitangan pun tak mampu, tiba-tiba ada hati suruh Anwar turun.
Di Kedah bil air, cukai tanah, cukai pintu di Kedah naik. Tiba-tiba Anwar yang turunkan harga minyak disuruh turun.
Tak pelik bin ajaibkah namanya? Sebab itulah saya katakan bahawa ‘7 Keajaiban Dunia Baharu’ sebenarnya wujud di Malaysia.
Faktanya, MB pembangkang gagal menjana ekonomi rakyat melalui pembangunan.
Pelik saya mereka berani bersuara undur Anwar. Inilah yang orang kata muka tak tahu malu.
BACA JUGA Rakyat tarik nafas lega, limpahan ekonomi beri banyak manfaat