Peringatan untuk semua pegawai awam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz mengingatkan semua pegawai awam agar mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Berikut adalah aspek-aspek utama Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang wajib dipatuhi:
a) Taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan
b) Aku Janji
c) Larangan membuat pernyataan awam tanpa kebenaran
d) Larangan penglibatan dalam aktiviti politik
Pelanggaran terhadap perkara di atas boleh menyebabkan pegawai awam berdepan tindakan amaran, denda, lucut hak emolument, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan.
Perkara ini dinyatakan dalam satu surat rasmi bertarikh hari ini yang telah tular menerusi laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam.
Punca surat ini dikeluarkan ini tidak disebut namun adalah dipercayai bahawa ia berkaitan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang di ibu negara.