Cincin tersekat di mana? Panggil bomba
22 minit. Itulah tempoh masa yang diambil oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu untuk mengeluarkan sebentuk cincin yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki di sebuah hospital malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ghaffar Surol, jabatan kecemasan hospital berkenaan pada jam 7.01 malam.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati cincin berkenaan tersekat pada alat sulit lelaki berusia 29 tahun.
“Operasi melibatkan lima anggota dan berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.52 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sinar Harian.
Pihaknya menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin tersebut dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
BACA JUGA: Minyak turun, Malaysia kini antara 10 negara dengan harga petrol termurah di dunia