“Sembang Santai Dasar Sampai” Townhall Dasar Wanita dan Ekonomi Penjagaan Selangor Perkukuh Agenda Pemberdayaan Inklusif

FOTO BERITA: Townhall Dasar Wanita Selangor 2024-2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor bersama YB Puan Anfaal Saari selaku EXCO Pembangunan Wanita Dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Turut hadir Puan Siti Faridah Abdul Samad Ketua ETUA Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor di Dewan Kemajuan Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor. 25hb Julai 2025 (Jumaat)

Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh komitmennya terhadap pemberdayaan wanita dan pembangunan ekosistem penjagaan inklusif menerusi Sesi Townhall “Sembang Santai Dasar Sampai” Dasar Wanita Selangor 2024–2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.

Sesi yang berlangsung ini bertujuan membumikan serta mendapatkan maklum balas terus dari lapangan berkenaan dua dasar utama negeri, iaitu:, Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024–2030, dan Dasar serta Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024–2026.

Seramai 100 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dari seluruh negeri Selangor telah menghadiri sesi ini, menjadikannya satu platform penting untuk memperkukuh peranan pemegang taruh tempatan dalam melaksanakan dan menjayakan dasar-dasar kerajaan negeri.

Sesi townhall ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, yang turut memimpin sesi dialog bersama peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pertubuhan wanita, penggiat ekonomi penjagaan, wakil masyarakat, penjaga tidak formal serta agensi-agensi berkaitan.

Dalam ucapannya, YB Puan Anfaal menekankan bahawa dua dasar penting ini digubal bukan sahaja bagi menyokong kesejahteraan wanita Selangor, tetapi juga untuk memperkasa sektor penjagaan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Dasar Wanita Selangor 2024–2026 memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu pemberdayaan ekonomi, penglibatan dalam kepimpinan dan pembuatan dasar, serta perlindungan dan kesejahteraan sosial. Sementara itu, Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor pula memperakui peranan penjaga – terutamanya wanita – dalam membentuk asas kepada ekonomi yang mampan dan mesra rakyat,” ujar beliau.

Sesi ini bukan sekadar sesi penerangan, malah telah membuka ruang untuk dialog terbuka, perkongsian cabaran sebenar di lapangan, serta cadangan penambahbaikan secara langsung daripada pihak pelaksana di peringkat daerah dan tempatan. Antara pengisian utama adalah:, sesi soal jawab interaktif bersama saya selaku EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, dan perbincangan kumpulan bersama wakil-wakil PBT dan PDT yang memberi fokus kepada aspek pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi.

Program ini telah dianjurkan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) selaku agensi pelaksana utama. Ia merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan penyelarasan dan sinergi antara dasar dan pelaksanaan lapangan dapat dicapai dengan berkesan.

“Kolaborasi yang lebih erat antara Kerajaan Negeri dan agensi pelaksana tempatan seperti PBT dan PDT akan mempercepatkan lagi pelaksanaan agenda pemerkasaan wanita dan pengarusperdanaan ekonomi penjagaan di Selangor” tambah beliau

Kedua-dua dasar ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Kerajaan Negeri dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk membentuk sebuah negeri yang Pintar, Berdaya Huni dan Makmur.

Dengan penganjuran sesi ini, Selangor menunjukkan teladan kepimpinan dalam membina dasar sosial yang responsif, berasaskan data dan inklusif – selari dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai negeri maju yang adil, saksama dan sejahtera untuk semua.

Turut hadir, Puan Siti ITI Faridah Abdul Samad Ketua ETUA Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor wakil agensi kerajaan negeri, NGO, pemimpin komuniti serta golongan profesional yang terlibat secara langsung dalam sektor penjagaan dan pembangunan wanita.