Rakyat hargai keprihatinan PMX, Kerajaan MADANI terus membela semua lapisan – SBN

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub, Pengerus Sekretariat Bela Negara (SBN) mengenai sokongan penuh kepada pengumuman oleh YAB PMX. Turut hadir Pengerusi SEKPUR Tuan Hajj Mustafa Mansor, Timbalan Pengerusi SEKPUR Shahbudin Embun dan mantan Adun Meru Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. 25 Julai 2025 (Jumaat)

Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub, SBN menyifatkan pengumuman tersebut sebagai tanda penghargaan tulus kerajaan terhadap sokongan, kesetiaan dan kebersamaan rakyat dalam mendukung agenda pemulihan negara.

[26/07, 5:19 am] Wannazek 016: > “Langkah-langkah ini membuktikan bahawa suara rakyat benar-benar didengari. PMX bukan sekadar menjanjikan perubahan, beliau telah melaksanakannya satu demi satu. Inilah makna sebenar Malaysia MADANI,” tegas Mustaffa.

6 langkah Prihatin Kerajaan MADANI, antaranya penurunan Bil Elektrik. Surcaj elektrik diturunkan bermula suku ketiga 2025, memberi manfaat kepada lebih 85% isi rumah, khususnya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang terkesan dengan cuaca panas dan penggunaan tenaga tinggi dan SARA untuk semua, RM100 kepada semua rakyat dewasa. Semua rakyat berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad, dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, satu langkah bersejarah dan inklusif dalam menyokong kos sara hidup.

Cuti Umum Khas 15 September 2025 (Isnin), sempena sambutan Hari Malaysia, kerajaan mengisytiharkan cuti umum tambahan bagi memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan nasional dan peruntukan Jualan Rahmah digandakan, RM600 Juta. Peruntukan program Jualan Rahmah dinaikkan dari RM300 juta kepada RM600 juta, meliputi semua 600 kawasan DUN, bagi memastikan barangan keperluan asas terus dapat diakses pada harga rendah.

Tiada Kenaikan Tol – Kerajaan Tanggung RM500 Juta. Tiada kenaikan tol untuk 10 lebuh raya utama dengan kerajaan menanggung kos konsesi lebih RM500 juta, meringankan beban pengguna jalan raya dan harga RON95 turun ke RM1.99 seliter:. Dengan pelaksanaan subsidi bersasar, rakyat yang layak kini menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter, memberi kelegaan kepada jutaan pengguna kenderaan kecil dan motosikal.

Rakyat terus yakin dan percaya dan SBN menyifatkan tindakan ini sebagai manifestasi kepimpinan yang peduli, telus dan berani, serta menjunjung semangat “Bersama Rakyat, Untuk Rakyat”. Sokongan ini turut diperkukuh melalui kerjasama erat dengan PKORM, MEMO, Sekretariat Bela Pertiwi, SEKPUR serta ratusan NGO lain (rujuk lampiran penuh).

“Kami menyeru seluruh rakyat, khususnya anak muda dan golongan pekerja, agar terus berdiri teguh bersama Kerajaan MADANI demi kestabilan dan kemakmuran negara,” ujar Mustaffa lagi.

Bela negara tanggungjawab kita bersama dan SBN menegaskan bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja mendengar, malah membalas sokongan rakyat dengan tindakan konkrit demi kesejahteraan bersama.