Pertama kali dalam sejarah PM doakan keselamatan rakyat berdemo

Pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri mendoakan keselamatan rakyat yang berdemo dan memberi kritikan kepada pentadbirannya.

Ahli Parlimen Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, ini adalah tanda bahawa semangat demokratik hidup subur di bawah pimpinan PMX.

“Pembangkang jangan lupa ingatan yang diberikan PMX; jalankan tugas sebenar kalian di Patlimen.

“Jangan ponteng terutama semasa PMQT. Tanyalah , berilah pandangan dan dapatkan jawapan di situ

“Tahniah PMX ! Teruskan membangun  negara di saat pembangkang kering idea dan sibuk meruntuh negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi yang mendoakan keselamatan perjalanan ribuan peserta himpunan pembangkang yang pulang ke destinasi masing-masing semalam.

“Kepada saudara saudari yang hadir sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing.

“Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi,” kata Anwar.

BACA JUGA ‘Turun Anwar’ jauh dari capai kejayaan, kata penganalisis