Ada RUU baharu hari ini?

Sesi Dewan Rakyat hari ini menyaksikan pembentangan satu rang undang-undang (RUU) baharu dan satu pindaan RUU untuk bacaan kali pertama.

RUU baru tersebut ialah RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 manakala pindaan RUU ialah untuk RUU Pendidikan 2025.

Sebanyak 7 RUU disenaraikan untuk bacaan kali kedua.

Antara RUU yang dijangka menarik ialah RUU Racun 2025 yang memberikan kuasa kepada polis untuk bertindak.

Sesi jawab lisan pula menyaksikan persoalan berkenaan pengecualian kategori projek pembinaan daripada cukai SST oleh Yusuf Abdul Wahab (GPS-Tanjong Manis).

Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) pula membangkitkan isu kebebasan warga asing membuka perniagaan di Malaysia, khususnya peruncitan dalam keadaan ia didaftarkan di atas nama warganegara tetap.

Penganjuran sukan Muay Thai di Malaysia dan usaha memartabatkannya dibangkitkan oleh Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu).