Rundingan khas Thailand-Kemboja bermula, Anwar jadi hos
Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja bagi meredakan ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara telah bermula jam 3.15 petang tadi di Putrajaya.
Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi.
Perdana Menteri telah mengusahakan pertemuan tersebut dan menjadi orang tengah dalam mesyuarat ini dalam usaha mencapai matlamat gencatan senjata.
Delegasi Thailand diketuai oleh Pemangku Perdana Menteri merangkap Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai, manakala Kemboja diwakili oleh Perdana Menterinya, Hun Manet.
Turut hadir dalam mesyurat khas berkenaan ialah Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Edgard D. Kagan.
Kedua-dua mereka bertindak sebagai fasilitator bersama.
Pada Jumaat lalu, Anwar menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan, menggesa agar kedua-dua pemimpin segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian.
Anwar sebelum ini menegaskan bahawa Malaysia sedia membantu dan memudah cara proses ini selaras dengan semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.
Kedua-dua negara jiran itu kemudian bersetuju menjadikan Malaysia sebagai perantara.
BACA JUGA Terkini Thailand, Kemboja setuju Malaysia jadi orang ‘tengah’ selesai konflik sempadan