Satu dunia jadi saksi Anwar satukan dua negara berseteru

OLEH PENULIS KHAS

Ini bukan antara Safwan dan Afnan…

Di sebuah dewan perbincangan khas di Kuala Lumpur, udara terasa tebal dengan ketegangan diplomatik.

Di sebelah kanan duduk Samdech Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja, wajahnya serius. Di sebelah kiri, Phumtham Wechayachai, Pemangku Perdana Menteri Thailand, dengan pandangan penuh waspada.

Di hujung meja, dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan China, hadir sebagai pemerhati.

Wakil Washington membawa mandat Presiden Donald Trump sendiri. Beijing pula menghantar penasihat kanan, memerhati dengan penuh kiraan.

Di tengah-tengah bulatan itu, duduk seorang lelaki berwajah tenang , Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa ketegangan, beliau membuka bicara dengan suara yang penuh karisma:

“Hari ini bukan tentang kuasa siapa lebih besar, tetapi tentang nyawa manusia yang harus kita selamatkan.”

Setiap mata di bilik itu tertumpu kepadanya.

Kata-katanya bukan sahaja meredakan suhu politik, bahkan mengubah nada perbincangan yang tegang menjadi lebih lunak.

Malaysia Sebagai Pentas, Dunia Sebagai Penonton

Inisiatif khas ini dianjurkan oleh Malaysia, tetapi kali ini dunia menyaksikan bagaimana seorang pemimpin dari negara sederhana mampu menjadi ‘juru damai’ bagi rantau Asia Tenggara.

Amerika Syarikat , biasanya lantang , duduk diam, mendengar hujahnya. China pula yang terkenal dengan ketegasan, hanya mengangguk, memberi ruang kepada PMX untuk mengemudi arah rundingan.

Perbincangan berlangsung lama. Ada ketikanya Hun Manet mengangkat suara, ada masanya Phumtham menolak meja kecil di hadapannya. Namun setiap kali itu terjadi, PMX hanya mengangkat tangan:

“Saudara-saudara, kita bukan datang ke sini untuk menambah luka. Kita datang ke sini untuk menjahitnya.”

Kata-kata itu menjadi ubat. Suasana yang tegang kembali reda. Akhirnya kedua-dua pemimpin, Kemboja dan Thailand, bersetuju dengan inisiatif gencatan senjata serta-merta, seiring cadangan Presiden Donald Trump.

Detik Bersejarah

Di penghujung mesyuarat, satu momen simbolik berlaku. Hun Manet dan Phumtham berdiri, berjabat tangan di depan kamera.

Di belakang mereka, Anwar Ibrahim berdiri sedikit ke tepi, hanya tersenyum, kerana kejayaan bukan milik seorang, tetapi milik keamanan.

Dan pada hari itu, Malaysia menjadi pentas dunia, menunjukkan bahawa kuasa sebenar bukan pada saiz negara, tetapi pada kebijaksanaan dan kebesaran hati pemimpinnya, PMX.

BACA JUGA Kejayaan Anwar selesai perang Thailand-Kemboja ‘tapau habis’ usaha PN burukkan PM