Tok guru Fadhli malu dengan otak anak muridnya

Tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memuat naik hantaran mengejek
mesyuarat khas melibatkan pemimpin tertinggi Thailand dan Kemboja yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecewakan gurunya.

Naib Pengerusi 1 Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, beliau malu dengan tindakan Fadhli yang mempersenda pertemuan bersejarah itu.

Che Ibrahim yang juga bekas pemimpin Pas berkongsikan pengalaman berkenaan guru beliau iaitu tokoh akademik dan agamawan terkemuka, Allahyarham Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

Ambo dulu arwah Dr Mahmud Zuhdi (secara berseloroh) menyebut ambo ni “Ketua Pemberontak”.

“Adik dia pula arwah Dr Mohamad Kamil kata ke ambo… Ni la anak murid sejati…

Ambo tak tahu nak kata gapa ke anak murid ambo Fadhli Shaari ni…

“Mari malu pula ada anak murid setara ni otak dia… Semuanya kerana kebencian melampau kepada PMX,” kata Che Ibrahim menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Ahmad Fadhli dihujani kecaman orang ramai gara-gara karikatur berbaur sindiran yang menampilkan figura monyet sebagai hakim serta kambing dan biri-biri berebutkan sebiji pisang.

BACA JUGA Fadhli Shaari dikecam teruk, ada yang tuntut letak jawatan MP Pasir Mas