Kenapa ramai warga Indonesia suka sangat Malaysia, tiada bunyi hon paling mereka suka

Malaysia terus menjadi destinasi pilihan warga Indonesia, bukan sahaja kerana faktor peluang pekerjaan dan persamaan budaya, malah suasana kehidupan yang lebih teratur turut menjadi tarikan utama.

Antara aspek yang paling mendapat pujian ialah kebiasaan masyarakat Malaysia yang jarang malah ramai yang tidak membunyikan hon kenderaan di jalan raya.

Menerusi video tinjauan dikongsikan Handyna, keadaan lalu lintas di Malaysia jauh lebih tenang termasuk tiada bunyi hon atau dipanggil ‘klakson’ paling kerap mereka sebut.

Budaya memandu yang lebih berhemah di Malaysia menyumbang kepada persepsi positif warga asing, sekali gus membantu imej negara sebagai destinasi pilihan untuk bekerja dan melancong.

Selain itu, perantau Indonesia juga menyukai Malaysia kerana kualiti udara yang lebih bersih, durian Malaysia paling sedap serta biaya hidup lebih rendah berbanding Indonesia.

Faktor logistik dan nilai ringgit turut menjadi antara faktor pendorong kepada rakyat Indonesia ke Malaysia.

Untuk rekod, Indonesia kekal sebagai salah satu sumber utama pelancong ke Malaysia.

Pada 2024, jumlah kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia meningkat menjadi kira-kira 3.65 juta orang, sekali lagi menjadikan negara serumpun itu sebagai sumber pelancong kedua terbesar selepas Singapura.

Jumlah pelancong dari Indonesia dijangka terus meningkat dalam beberapa tahun mendatang hasil inisiatif seperti peningkatan laluan penerbangan iaitu 591 penerbangan setiap minggu dari Indonesia.

Selain itu, kemasukan warga Indonesia dijangka bakal meningkat kesan promosi kempen “Visit Malaysia 2026”.

BACA JUGA ‘YB nak pisang?’, MP Pas ini terus jadi tumpuan kecaman rakyat Malaysia