Ini jumlah wang untuk RMK13

Sejumlah RM611 bilion diperlukan demi Rancangan Malaysia Ke-13, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari jumlah tersebut, RM430 bilion adalah untuk dana pembangunan daripada kerajaan manakala syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan menyediakan RM120 bilion.

Baki RM61 bilion diperoleh daripada sector swasta menerusi perkongsian awam -swasta.

Dari RM430 bilion, lebih separuh atau RM277 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi umum Anwar ketika membentangkan RMK13.

Sejumlah RM133 bilion diperuntukkan untuk sector sosial, manakala pendidikan menerima RM67 bilion dan RM39 bilion adalah untuk sektor kesihatan.

RM 51 bilion adalah untuk sektor keselamatan manakala RM17 bilion adalah untuk sektor pentadbiran.

BACA JUGA: Trump akan datang Sidang Kemuncak ASEAN