Malaysia diundi sebagai negara pelancongan Muslim terbaik di dunia
Tahun ini, Malaysia berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan utama yang mesra Muslim.
Malaysia dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2025, menandakan penguasaan selama sedekad sejak pengenalan indeks berkenaan pada 2015.
Sebuah laman muslimgotravel dimiliki seorang pelancong asing, mengupas faktor Malaysia dinobatkan terbaik sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim.
Antaranya kerana Malaysia mempunyai banyak masjid dan surau yang mudah untuk orang ramai menunaikan ibadat solat di mana-mana.
Malah, sekecil-kecil surau juga mudah ditemui di stesen minyak, lapangan terbang dan pusat beli belah. Arah kiblat juga kebiasaannya sudah tersedia termasuklah di hotel-hotel.
Kedua, makanan halal mudah ditemui di banyak tempat. Apa yang menarik, vlog itu memuji Malaysia kerana mempunyai pelbagai jenis hidangan makanan dari makanan tradisi Melayu, Cina sehinggalah makanan India.
Dia juga kagum kerana kebanyakan produk di pasar raya mempunyai logo halal.
Selain itu, Malaysia mempunyai banyak warisan Islam daripada masjid yang indah dan megah sehinggalah kepada masjid tertua di negara ini yang dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Malaysia juga menempatkan Muzium Kesenian Islam yang menyimpan salinan al-Quran berusia 400 tahun dari Dinasti Qing di China.
BACA JUGA Puad tanya bila Pas nak contohi SIS Forum, gugur nama Islam