Puad tanya bila Pas nak contohi SIS Forum, gugur nama Islam

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyarankan Pas mencontohi NGO Sisters In Islam (SIS) yang menggugurkan nama Islam dalam pertubuhan mereka.

Gabungan itu kini hanya dikenali sebagai SIS Forum (Malaysia).

Beliau berkata, pengguguran nama Islam dalam pertubuhan itu selaras dengan titah Sultan Sharafuddin bahawa penyalahgunaan perkataan “Islam” dalam nama dan penerbitan Forum SIS, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

Beliau mempersoal, bila pula giliran Pas untuk menggugurkan nama Islam dalam parti itu.

“Pas bila pula akan menggugurkan nama Islam daripada nama parti tersebut. Contohilah SIS Forum. Ia tidak mengubah perjuangan kamu. Ia cuma mahu mengelak kekeliruan,” katanya di sosial media.

Kritikan terhadap Pas bukan perkara baharu. Banyak pemimpin parti itu berdepan kes di mahkamah kerana memfitnah, sekali gus mencalar kredibiliti parti yang membawa nama Islam.

Pas juga sering memainkan isu kaum dalam politik mereka menyebabkan seringkali tersasar dan berdepan kritikan hebat.

BACA JUGA RMK13 serlahkan iltizam kerajaan perkukuh agromakanan negara