Trump akan datang Sidang Kemuncak ASEAN

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Oktober dan perkara ini dimuktamadkan pagi ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awal bulan ini Setiausaha Negara Marco Rubio telah memberi bayangan bahawa Trump akan menghadiri siding tersebut.

Anwar turut mengumumkan bahawa kadar tarif baru untuk Malaysia akan diumumkan oleh Amerika esok.

“Insya Allah, ia tidak akan membebankan ekonomi kita, kata beliau ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Kadar tarif awal ialah 24% dan kemudiannya dinaikkan kepada 25%.

Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) ialah rancangan jangka panjang pembangunan negara dari 2026 hingga 2030.

Ia juga merupakan RMK pertama yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.

BACA JUGA: Lapan fakta siapa Zulkifli Ismail, MP Pas ini dua kali dah baca Qunut Nazilah