MP Pas mahu hantar LOD kepada dua orang ini, dakwa banyak kumpul bahan bukti

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu dia mula menguruskan surat tuntutan (LOD) kepada dua individu terlebih dahulu.

“Seorang Ahli Parlimen.

“Seorang pimpinan sayap pemuda sebuah parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

Dalam masa sama, Ahmad Fadhli turut menganggap kontroversi ekoran hantaran yang berupa karikatur sindiran itu “sudah semakin reda”.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan yang sebelum ini dilapor tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik karikatur itu, memberitahu dia sudah pun banyak mengumpulkan bahan bukti.

“Jika ada lagi, kita kumpulkan dahulu. Hari ini, mula uruskan LOD untuk dua orang,” katanya tanpa memperincikan individu yang dimaksudkan.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) tersebut menyifatkan kedua-dua individu berkenaan sengaja menyebarkan “tohmahan atas pemahaman yang salah” berhubung hantaran karikatur itu.

“Yang lain akan menyusul. Slow slow, satu-satu,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Kosong lagi kerusi Presiden Pas