Pas sucikan Ramasamy, ‘Qunut Nazilah’kan PMX

Oleh AHMAD MURSI

Pas kini mula ‘menyertu’ Ramasamy — tokoh yang suatu ketika dahulu menjadi simbol “kafir harbi” dalam propaganda mereka terhadap DAP.

Dalam masa yang sama, mereka terus ajar penyokongnya untuk membaca Qunut Nazilah — doa laknat untuk musuh Islam — ke atas sesama Muslim, khususnya PMX.

Ini bukti jelas bahawa doktrin agama yang ditunggang Pas bukan berpaksikan ilmu atau hujah Islam, tetapi agama ditafsir secara salah demi kuasa dan kepentingan duniawi ustaz-ustaz mereka.

Akibatnya, agama disalah fahami oleh umat Islam, dan lebih malang, disalah erti oleh bukan Islam. Keindahan Islam menjadi kabur, terhijab oleh sikap kotor Pas.

Pas dulu bersikap keras terhadap Ramasamy

P. Ramasamy ini tersingkir daripada menjadi calon DAP pada PRU lepas kerana sikapnya yang radikal dan jadi beban, walhal DAP sedang bergerak menjadi parti moderat.

Akhirnya, dia keluar DAP dan tubuh parti baru. Dulunya, dia menjadi tumpuan zikir serangan oleh Pas untuk bina imej ‘kafir harbi’ terhadap DAP.

Banyak berita propaganda ‘anti-Islam Ramasamy’ di Harakahdaily. Carilah sebelum ‘error 404’.

Politik Khawarij Pas

Baru kini Pas katakan, ‘inilah kerja dakwah Pas’ apabila Ramasamy sertai ‘kapal mereka’.

Walhal, parti atau pihak lain juga lakukan hal sama apabila engage dengan kumpulan bukan Islam untuk dialog dan jinakkan mereka kepada Islam tetapi ditohmah sebagai ‘barua kafir’ oleh Pas.

Samalah juga apabila mufti kata, tak wajar Pas baca ‘Qunut Nazilah’ terhadap PMX dan sesama Muslim.

Walaun kata ‘PMX tu Islam, kah? Dia tu liberal, plural, sekular’. Di sinilah kafir mengkafir berlaku dan inilah bukti politik Khawarij Pas.

Sebenarnya, keindahan Islam lebih terserlah tanpa ideologi politik ekstrem Pas. Doktrin agama hanyalah alat untuk Pas merebut kuasa dengan mengubah-ubah dalil.

Sedangkan mesej pertama Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah bukanlah “laknatilah musuhmu,” tetapi membina ukhuwwah dan menyemai kasih sayang.

Sabda Rasulullah saw setibanya di Madinah:

“Wahai manusia! Sebarkan salam, berikan makanan, sambunglah silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR al-Tirmizi, Hadis hasan sahih).

Itulah mesej Rahmatan Lil Alamin yang ‘dibuang’ Pas dan kini disambung oleh bekas pemimpin Pas dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).

BACA JUGA ‘Boleh PRU awal tapi guna dana kekayaan anak sendiri’