Semua negeri pembangkang naik tarif air bermula hari ini, caj kini dah melebihi Selangor

Empat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menaikkan caj bulanan minimum tarif air bermula hari ini.

Kenaikan tertinggi dicatatkan di Perlis apabila naik RM1.60 menjadi RM8.80.

Kelantan yang sekian lama mengalami masalah bekalan air bersih juga tidak ketinggalan menaikkan caj bulanan minimum kepada RM8.00 selepas naik RM1.2O.

Tarif minimum air di Kedah yang diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini sudah mencecah RM8.10 apabila naik 60 sen.

Sementara itu, penduduk Terengganu pula menikmati kadar baharu caj bulanan minimum RM6.60 selepas naik 80 sen.

Walau bagaimanapun, pengguna air dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh menarik nafas lega apabila caj bulanan minimum kekal pada RM6.50.

Kadar tarif air dinikmati penduduk di Lembah Klang itu sekaligus jauh lebih rendah berbanding Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

BACA JUGA Kosong lagi kerusi Presiden Pas