Siapa PM pembangkang hanya boleh dijawab dalam debat dengan MP

Tanda tanya berhubung siapa calon Perdana Menteri dari blok pembangkang rupanya hanya boleh dijawab dalam debat dengan Ahli Parlimen.

Mengikut perkongsian Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Zulhazmi Hassan, perkara tersebut diperoleh daripada jawapan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam.

“Beliau (Wan Ahmad Fayhsal) jawab: Soalan itu (pengganti PM Anwar) hanya boleh dijawab dalam debat.

Ambo tawar diri (berdebat), namun katanya, hanya Ahli Parlimen sahaja yang layak berdebat dengannya,” kata Zulhazmi menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga dikenali sebagai Jeming tidak menyangka soalan mudah seperti ‘Siapa akan ganti PMX jika himpunan Turun berjaya?’, dianggap terlalu sensitif bagi pihak Perikatan Nasional (PN).

“Kalau pimpinan PN tiada jawapan, jawablah dengan tenang:

Safwan Afnan adalah bakal Perdana Menteri pembangkang”,” perli Zulhazmi.

BACA JUGA MP Pas mahu hantar LOD kepada dua orang ini, dakwa banyak kumpul bahan bukti