Peranan Malaysia damaikan Thailand, Kemboja sumbang positif keputusan tarif
Peranan Malaysia sebagai pendamai dalam konflik Thailand-Kemboja mungkin menjadi faktor yang membantu keputusan Amerika Syarikat untuk mengenakan kadar tarif lebih rendah terhadap negara ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau tidak pasti namun beliau yakin ia antara faktor yang membantu.
“Honestly I don’t know, I didn’t ask⦠but it definitely helps (secara jujurnya saya tidak tahu, saya tidak bertanya…tetapi ia pastinya membantu),” katanya menurut Bernama.
Beliau menjawab soalan pemberita mengenai impak peranan Malaysia dalam membantu menghentikan sementara konflik sempadan antara kedua negara jiran tersebut.
Tengku Zafrul berkata, isu mengenai Kemboja dan Thailand memang ada dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berhubung dengan Presiden AS, Donald Trump melalui panggilan telefon.
Ia telah memberi gambaran yang baik terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan pendamai dalam rundingan gencatan senjata tersebut.
Beliau berkata Malaysia telah meminta supaya kadar tarif dikenakan ke atas Malaysia kompetitif dengan negara anggota ASEAN yang lain.
“Kami berpendapat bahawa kadar 19 peratus adalah adil dan menjejaki kadar negara-negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya.
BACA JUGA Dakwaan kerajaan berkompromi isu halal dengan AS tidak benar ā Zafrul