Ini antara eksport Amerika yang akan dikenakan tarif sifar peratus
Sebagai sebahagian daripada hasil rundingan perdagangan timbal balik dengan Amerika Syarikat, hampir 7,000 bahan eksport akan dikenakan tarif sifar peratus.
Ini termasuklah buah-buahan, daging, bijian dan hasil tenusu, hasil ternakan dan babi.
Selain itu, produk kimia, baja, mesin, plastikbesi, logam, getah dan tekstil turut termasuk dalam senarai, dedah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, lapor NST.
Senarai lengkap yang dikenakan tarif sifar peritus hanya akan diketahui setelah perjanjian perdagangan ditandatangani dan diwartakan kepada kastam.
Semalam ada laporan menyatakan bahawa Malaysia bersetuju mengenakan tarif sifar peratus ke atas 6,911 produk Amerika. Ia adalah sebahagian daripada 11,260 produk yang dikemukakan oleh Washington.
Langkah ini sebahagian daripada usaha mengukuhkan kebolehcapaian pasaran dan menggalakkan lebih banyak aliran perdagangan dua hala.
BACA JUGA: Beli Boeing 737 bazir duit rakyat? Tengku Zafrul perjelaskan