Bersatu kecewa lagi, ini sebabnya

Bersatu kecewa lagi setelah gagal dalam permohonan rayuan semakan kehakiman terhadap keengganan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengisytiharkan kekosongan kerusi empat ahli parlimen Sabah yang telah menyokong perdana Menteri.

Rayuan tersebut ditolak sebulat suara oleh panel hakim Mahkamah Rayuan.

Menurut Hakim Ruzima Ghazali yang mengetuai panel tersebut, tindakan Yang Dipertua kebal terhadap semakan kehakiman. Ini berdasarkan Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Tinggi tidak salah dalam menolak permohonan semakan kehakuman. Ia tiada merit,” katanya.

Dua tahun lalu hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh berkata beliau menuruti duluan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa keputusan samada wujud kekosongan kerusi tidak boleh diadili di Bawah Perkara 63(1) perlembagaan.

Perkara tersebut menyatakan kesahihan prosiding Dewan di Parliament atau jawatankuasanya tidak boleh dipersoal di mana-mana mahkamah.

Johari telah menolak keperluan untuk kerusi Papar, Batu Sapi, Ranau, dan Sipitang dikosongkan. Kerusi-kerusi tersebut diwakili oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Khairul Firdaus Akbar Khan, Datuk Jonathan Yasin dan Matbali Musah.

Bersatu mendakwa keputusan Johari tidak mengosongkan kerusi mereka “adalah haram”.

Keempat-empat mereka merupakan calon yang bertanding di atas tiket GRS.

BACA LAGI: PM Anwar akui hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah kini jauh lebih baik