Mengapa Malaysia beli pesawat Boeing? Inilah fakta buat mereka yang suka ‘spin’

Oleh IKHMAL ISKANDAR

Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz umum pembelian pesawat Boeing yang dibiayai oleh Malaysia Aviation Group (MAG) untuk kegunaan masa depan. Tapi seperti biasa, ada yang terus sinis.

Ada yang tuduh konon beli ni sebab nak “jilat” Trump, nak bodek Amerika. Konon pembelian ni membazir, tidak patut dibuat.

Tapi peliknya, bila penerbangan banyak delay sebelum ni, merekalah orang pertama yang memekak, viralkan isu, salahkan pengurusan.

Sekarang bila langkah proaktif diambil, masih nak spin juga?

1) 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗠𝗔 — 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗧𝗔

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗚 𝘁𝗲𝗿𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝗱𝗮 (𝗱𝗲𝗹𝗮𝘆). Ini bukan rahsia.

Antara punca utama:

  • Pesawat sedia ada sudah berusia
  • Kerosakan teknikal
  • Jumlah pesawat aktif tak cukup

MAG sendiri keluarkan kenyataan rasmi untuk jelaskan isu ini.

Kalau pesawat lama tak diganti, adakah kita nak tunggu lebih banyak gangguan dan komplen dari pelanggan antarabangsa dan domestik?

𝟮. 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟮𝟬𝟯𝟬, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧

Pembelian ini adalah pelaburan jangka panjang. Ia dibuat secara berfasa.

Bukan beli hari ni, esok kapal terbang dah sampai dan bayar penuh.

✅ Penghantaran pertama hanya pada tahun 2030
✅ Bayaran dibuat mengikut jadual dan milestone pengeluaran
✅ Pesawat ini adalah untuk menggantikan kapal terbang lama sedia ada.

Ini standard industri — bukan pelik, bukan gopoh. Negara lain pun buat perkara yang sama.

𝟯. 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔–𝗔𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔: 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡

Realitinya, Amerika Syarikat adalah antara rakan dagang utama Malaysia. Ekonomi kita eksport lebih RM200 bilion ke AS setahun.

Sektor-sektor seperti:

  • Elektrik & elektronik
  • Sarung tangan
  • Produk perkilangan
  • Tekstil

Semuanya terdedah kepada impak negatif kenaikan tarif (seperti yang Trump umumkan sebelum ini) jika hubungan ekonomi tidak dijaga.

Kalau kita diam, tidak aktif diplomasi ekonomi — negara kita boleh rugi besar, kilang-kilang tutup, rakyat hilang kerja.

Jadi, kalau kerajaan proaktif cari jalan diplomatik atau perdagangan yang menguntungkan negara — apa salahnya?

𝟰. 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗢𝗘𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 — 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡

Ramai tak tahu, tapi Boeing bukan jenama yang kita beli “bulat-bulat dari Amerika”.
𝗕𝗼𝗲𝗶𝗻𝗴 𝗔𝗲𝗿𝗼 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗕𝗔𝗖𝗠) 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵.

Operasi ini:

  • Menghasilkan komponen pesawat Boeing
  • Menggaji rakyat Malaysia
  • Libatkan vendor tempatan dalam rantaian bekalan

Maksudnya, pembelian Boeing juga bantu industri aeroangkasa tempatan, bukan semata-mata beri manfaat luar negara.

𝟱. 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗕𝗢𝗘𝗜𝗡𝗚

Nak tuduh jilat?

Kalau macam tu, negara-negara ni pun sama?: Arab Saudi, Indonesia, India, Turkiye?

Semua negara ni buat tempahan pesawat Boeing dalam tempoh beberapa tahun ini.

Mereka beli sebab tahu — pelaburan dalam sektor penerbangan penting untuk:

  • Kestabilan perkhidmatan
  • Persaingan dalam industri global
  • Tarikan pelancong dan pelabur asing

𝙍𝙐𝙈𝙐𝙎𝘼𝙉 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙈𝘼𝙎𝙄𝙃 𝘽𝙄𝙉𝙂𝙐𝙉𝙂:

❌ Kalau tak beli pesawat — flight delay → bising.

❌ Bila beli pesawat — tuduh jilat Trump → bising juga.

✅ Bila ambil langkah berfasa, terancang — masih disindir.
Negara tak boleh diurus macam grup WhatsApp politik.

Yang kita perlukan ialah:
✔️ Perancangan jangka panjang
✔️ Diplomasi ekonomi
✔️ Pelaburan strategik
✔️ Keputusan berani demi masa depan.

Jadi, chill lah.

MAG beli pesawat bukan sebab nak “jilat”, tapi sebab nak pastikan industri penerbangan Malaysia tidak ketinggalan 5–10 tahun dari sekarang.

Yang dok spin tu… cuba naik kapal lama rosak lepas tu kita tengok siapa bising dulu.

BACA JUGA Seminggu selepas himpunan Turun Anwar: Ini kesimpulannya