Doa Qunut Nazilah: Apa pendirian PMX?

Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bersetuju doa Qunut Nazilah dipolitikkan dan dibacakan kepada mana-mana pihak termasuk yang beliau sendiri tidak senangi.

Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan supaya doa Qunut Nazilah dibacakan kepada pihak yang telah membatalkan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama sebelum ini.

“Saya percaya mereka (pengusaha sekolah agama) adalah penyokong setia di sebelah sana (pembangkang).

“Jadi, mereka patut nasihatlah supaya sempat kita bertaubat, berubah dan memberi sokongan kepada perkembangan Islam,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Anwar (PH-Tambun) menjawab pertanyaan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada beliau bersetuju jika doa Qunut Nazilah dibacakan kepada pihak yang telah membatalkan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama sebelum ini.

“Saya tegaskan doa (Qunut Nazilah) ini tidak harus dipolitikkan, hatta terhadap mereka yang saya kurang senangi dan bertindak zalim pada sekolah agama rakyat.

“Namun. saya sarankan pihak pembangkang untuk menasihati sahabat mereka agar bertaubat dan kembali menyokong usaha memartabatkan Islam secara ikhlas,” ulangi beliau lagi menerusi hantaran di Facebook hari ini.

BACA JUGA PM Anwar sekolahkan pemaju hartanah, ini sebabnya