Gelaran ‘lembu betina’: Apa kata MP, Adun Muslimat Pas?

Oleh AHMAD FANSURI MOHD NASIR

Pas menyamakan wanita yang menjadi pemimpin seperti ‘lembu’.

Kenyataan biadab Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi yang menyamakan wanita sebagai ‘lembu’ kerana menjadi pemimpin adalah satu penghinaan kepada golongan wanita di negara ini.

“Kita kalau boleh kehidupan kita ini jangan mengikut sifir lembu, di mana kita melantik betina sebagai ketua. Sepatutnya lelakilah kena diangkat sebagai ketua,” kata Salman.

Salman Al Farisi

Mari kita lihat senarai ‘lembu-lembu’ menurut logik Pemuda Pas Maran:

Ahli Parlimen Pas:

  1. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
  2. Mumtaz Md. Nawi (Tumpat)
  3. Siti Mastura Mohamad (Kepala Batas)
  4. Salamiah Mohd Nor (Temerloh)
  5. Dr. Halimah Ali (Kapar)

ADUN Pas:

  1. Zuraida Md Noor (Ladang, Terengganu)
  2. Rohani Ibrahim (Tanjong Mas, Kelantan)
  3. Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer, Perlis)
  4. Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas, Kedah)
  5. Najihatussalehah Ahmad (Bota, Perak)

Nampaknya, cara politik Pas tidak berubah semenjak dulu. Golongan wanita dilembu-lembu oleh mereka.

Golongan wanita di Pahang yang berhajat nak mengundi Pas dalam PRU akan datang masih memekakkan telinga dan membutakan mata?

Sudahlah digelar betina, diberi juga gelaran lembu. MasyaAllah!

Pandangan parti

Namun, Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin menegaskan kenyataan Salman Al Farisi, yang menyamakan wanita dalam kepimpinan dengan “lembu betina” dalam kawanan ternakan, merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian rasmi parti Pas.

Kalau seorang lelaki Pas boleh samakan wanita sebagai “lembu betina”, dan pimpinan seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan itu secara terbuka, ia sudah bukan lagi “pandangan peribadi”, ia adalah pandangan parti.

Sebagai Ketua Wanita PN, beliau sepatutnya membidas kenyataan pemuda Pas Maran bukannya berkata ia pandangan peribadi.

Kalau pemimpin wanita sendiri tidak berani lawan penghinaan, siapa lagi yang tinggal untuk membela maruah wanita Malaysia?

@suemegatderaman

𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 & 𝗟𝗲𝗺𝗯𝘂 𝗕𝗲𝘁𝗶𝗻𝗮? Posting Ketua Penerangan PAS Maran, Muhammad Salman, yang membandingkan kaum wanita dengan “lembu betina” kononnya sebagai analogi kepimpinan, sebenarnya lebih menyerlahkan tahap pemikirannya. Dunia kepimpinan wanita tidak perlukan panduan daripada orang yang melihat wanita setaraf dengan haiwan ternakan. Masyarakat kita tahu betapa frasa “lembu betina” sering digunakan dalam nada menghina, bukan memuji. Jangan cuba berselindung di sebalik alasan kononnya itu hanya “pandangan peribadi”. Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim pula yang mempertahankan analogi itu sebagai “tidak seksis” hanya menambahkan rasa pelik. Kalau benar tidak menghina wanita, kenapa ada yang rasa tersinggung? Kalau niatnya baik, mengapa perlu dijelaskan dan ditarik semula? Hakikatnya, ramai wanita hari ini memegang jawatan kepimpinan bukan kerana analogi haiwan, tapi atas dasar merit, kemampuan, kebijaksanaan, dan pengalaman mereka. Jika benar saudara Muhammad Salman telah lebih setahun menternak lembu dan itulah hasil pemerhatian beliau, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau “berehat” seketika daripada bidang ternakan lembu, kerana kini nampaknya apa sahaja isu pun ingin dikaitkan dengan lembu… 🐂 Akhir kata, apa pula pandangan Muslimat PAS terutama Lima Ahli Dewan Rakyat wanita parti ini yang dipilih menjadi pemimpin rakyat? Setuju pemimpin wanita ibarat “Lembu Betina”, tidak layak diangkat sebagai pemimpin? 🤔🫰🌹 𝗡𝗶𝗸 𝗦𝘂𝗿𝘆𝗮𝗻𝗶 𝗠𝗲𝗴𝗮𝘁 𝗗𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗣𝗠𝗗 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

♬ Lembu – Cikgu Naim

BACA JUGA Azalina bagi amaran pemimpin samakan wanita dengan lembu betina