14 rumah setinggan, lot kedai di Pantai Dalam musnah terbakar

Sebanyak 14 buah rumah setinggan dan beberapa lot kedai di Pantai Dalam musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.

Menerusi pemakluman Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.11 malam.

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan rumah setinggan dan telah merebak ke empat buah kedai termasuk Mydin Mart.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Dalam dengan bantuan pasukan dari BBP Hang Tuah dan BBP Hartamas telah digerakkan ke lokasi kejadian

“Keluasan kebakaran rumah setinggan 100×80 kaki persegi terbakar 80 peratus. Jumlah rumah setinggan yang terlibat sebanyak 14 buah rumah.

“Keluasan kebakaran kedai 200×120 kps. Kedai Mydin Mart bahagian atas tingkat satu terbakar 90 peritus dan tingkat bawah terbakar 20 peratus. Tiga buah kedai lagi terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 36 anggota dari empat balai bomba iaitu Balai Pantai, Seputeh, Seri Hartamas dan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BACA JUGA Ini bukan pasal ‘happy’ Tun, tapi tanggungjawab selamatkan periuk nasi rakyat