Kes Zara Qairina: Jangan benarkan TikTok jadi pengadil
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyarankan agar masyarakat tidak membenarkan TikTok menjadi pengadil dalam memperjuangkan keadilan untuk arwah Zara Qairina Mahathir.
“Sebagai seorang bapa saya faham perasaan nakkan keadilan untuk arwah. PM pun beri jaminan. Jika ada sesiapa perlu diheret ke mahkamah, PM takkan lindung.
“Jabatan Peguam Negara pun dah pulangkan kertas siasatan kepada polis untuk lakukan beberapa perkara tambahan. Lengkapkan, kembalikan dan serahkan kepada pihak pendakwa raya.
“Pada masa sama kita juga kena berhati-hati dengan apa juga bahan maklumat dalam media sosial. Belum tentu ia betul, sahih. Saya sendiri bila tengok dalam TikTok, saya nak percaya bahawa inilah keadaannya.
“Sama ada benda itu betul atau tidak, wallahua’lam. Kalau harap TikTok jadi pengadil, itu tak patutlah sebab sesiapa pun boleh hasilkan apa-apa bahan AI. Kita pun tahu ada seorang cakap arwah dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dikeluarkan. Benda itu tak berlaku
“Dalam masa tak lama, kita akan dapat nampak apakah sebenarnya yang berlaku.”
Beliau menyeru masyarakat memberi masa dan kepercayaan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.
“Kita tak nak ada tuduhan terhadap kanak-kanak lain. Itu menjadi kesalahan.
“Jangan terlalu cepat memutuskan dengan melihat TikTok, Telegram.”
Zara Qairina, 13 telah disahkan meninggal unia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.
Allahyarham telah telah ditemui dalam keadaan tidak sedar di longkang bersebelahan asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai.
Kematian allahyarham disyaki berpunca daripada buli.
BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Ini perkembangan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara