Kes Zara Qairina: AWAN Johor mahu KDN telus

Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Johor, Norhayati Bidin menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri perly menyampaikan perkembangan kes kematian Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan buli secara telus dan segera.

Ini kerana keterbukaan maklumat tersebut penting untuk mengelakkan tohmahan, spekulasi dan ketidakpercayaan terhadap integrity pentadbiran kerajaan.

“Ini bagi memberi mesej jelas bahawa penderaan dan pengabaian terhadap anak-anak dan remaja tidak akan dikompromi dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan membendung kes buli.

“Awan Johor menegaskan budaya ini perlu dihentikan segera dan pihak sekolah serta komuniti harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam pencegahan dan intervensi awal.

“Kami menyeru seluruh masyarakat untuk terus mendidik diri tentang hak kanak-kanak dan remaja serta memperkukuhkan nilai kasih sayang dan empati dalam institusi keluarga dan komuniti,”

Dalam perkembangan berkaitan, AGC telah memutuskan bahawa PDRM perlu menjalankan siasatan lanjut termasuk menggali semula mayat Zara Qairina.

Zara Qairina, 13 telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Allahyarham telah telah ditemui dalam keadaan tidak sedar di longkang bersebelahan asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai.

Kematian allahyarham disyaki berpunca daripada buli.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Ini perkembangan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara