Aliff Syukri pelik Biduanita Negara ‘pakai’ bomoh apa, ini jawapan selamba Siti Nurhaliza
Jawapan balas yang bersahaja daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap soalan ‘nakal’ ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meraih pujian ramai.
Aliff Syukri bertanyakan khidmat bomoh yang digunakan pelantun lagu tersohor Cindai itu sehingga diminati sehingga kini.
“Aku peliklah Siti Nurhaliza ni dia pakai bomoh apa?
“Dah tua pun ramai minat dia. Aku nak jumpa bomoh-bomoh yang dia (Siti) jumpa ni.
“Lama sangat kau dah glamor. Bagi peluanglah sikit orang lain naik macam kau,” kata Aliff Syukri dalam satu siaran langsung di TikTok.
Memecahkan persoalan yang dilontar usahawan kosmetik yang telah membayar zakat perniagaan di Selangor sebanyak RM1 juta, Siti berkata, beliau tidak menemui bomoh atau dipanggil Mak Esah.
Sebaliknya secara berseloroh, Siti berkata beliau hanya menemui Mak Salmah iaitu ibu penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya, Siti Salmah Bachik.
“Sibuk dia (Aliff) tanya apa ‘mak Esah’ (bomoh) saya pakai popular hingga sekarang.
“Mana ada saya jumpa Mak Esah. Saya jumpa Mak Salmah saja. Minta Mak Salmah doakan.
“Insya-Allah makbul doa seorang emak kepada anak. Rezeki murah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Siti Nurhaliza dengan tenang sambil tersenyum mesra.
BACA JUGA Pengendali laman Facebook sebar berita palsu kes Zara disiasat