Selepas lapan jam, bedah siasat Zara akhirnya selesai

Selepas kira-kira lapan jam proses bedah siasat jasad Zara Qairina Mahathir, prosedur itu akhirnya selesai dijalankan.

Peguam keluarga, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat atas permintaan keluarga Zara memaklumkan perkara tersebut.

Memetik BH, bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai sebelum jam 8 malam tadi.

Semalam, kubur Zara di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang digali semula selama lebih satu jam dalam keadaan hujan lebat sebelum selesai pada jam 7.31 malam.

Usaha itu dilakukan bagi membolehkan bedah siasat dijalankan berhubung punca sebenar kematian pada 16 Julai lalu.

Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Sementara itu, peguam dan tiga polis turut memerhati proses bedah siasat berlangsung.

BACA JUGA Banglo di Kelantan diserbu, ganja mampat 35 kg antara hasil rampasan