DAP taja Jalur Gemilang gergasi, Akmal pembuli

DAP akan menaja Jalur Gemilang gergasi untuk dipasang di sebuah kedai Cina yang terpalit dengan kontroversi mengibarkan bendera terbalik.

“DAP akan menaja bendera Jalur Gemilang gergasi yang akan dipasang di premis kedai tersebut pada petang ini juga supaya semua orang boleh melihat dengan jelas bahawa bendera telah dipasang dengan betul di kedai tersebut, umum setiausaha agung parti, Anthony Loke dalam satu kenyataan.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menggangu ketenteraman di kawasan premis tersebut, ahli-ahli DAP Pulau Pinang akan menyambut mereka dengan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang secara percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena 31 Ogos.”

Beberapa sebuah kedai Cina terjebak dalam kontroversi mengibarkan Jalur Gemilang terbalik.

Susulan itu pemiliknya telah membuat laporan polis.

Pihak polis telah menyiasat dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam pada itu ketua pemuda Umno Datuk Muhammad Akmal Saleh telah mengumumkan rancangan untuk “mengajar” pemilik kedai Cina itu petang ini sekiranya tiada tindakan pantas daripada AGC.

Loke turut mengutuk rancangan Akmal kerana ia cuba mempengaruhi keputusan jabatan tersebut.

Tindakan Akmal juga disifatkan sebagai tindakan buli.

“DAP mengutuk keras tindakan pihak tertentu yang cuba memberi tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa seorang pekedai di Pulau Pinang yang tesilap memasang bendera Jalur Gemilang di depan kedainya.

“Ini adalah tindakan mencampuri dan cuba mempengaruhi keputusan pendakwaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Pihak Peguam Negara perlu diberi ruang secara bebas untuk membuat sebarang keputusan tanpa apa-apa tekanan politik.

“Pihak tersebut menggugut untuk mengadakan protes di depan kedai tersebut sekiranya tidak ada pendakwaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah tindakan BULI secara terang-terangan yang tidak boleh diterima sama sekali. Bukan sahaja tindakan buli di sekolah perlu ditentang, tindakan buli terhadap warga emas juga perlu dibantah sekeras-kerasnya.