Hassan Karim berundur dari PRU?
Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) telah mengumumkan pengunduran beliau daripada menjadi ahli parlimen untuk penggal ketiga
“Saya tidak meninggalkan politik, saya tinggalkan sebagai ahli politik yang dipilih. Cukuplah, menjadi ahli parlimen.
“Sekarang dah penggal kedua, maksudnya lapan hingga 10 tahun.
“Saya percaya semua boleh digantikan, patah tumbuh hilang berganti.
“Saya mahu memberi peluang kepada pimpinan muda dan PKR mempunyai ramai aktivis pemuda berpendidikan bertenaga.
“Saya percaya yang tua seperti saya akan beri ruang kepada generasi muda,” katanya dalam episod audio siar, The Good Cast Show.
Perkara ini turut dijelaskan di dalam bukunya, Perjalanan Hidup: Liku-Liku Perjuangan Seorang Aktivis Kiri Melayu Islam.
Ia juga selaras dengan keputusannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti.
BACA JUGA: Berhutang RM61 juta dengan TNB, syarikat air Kelantan masih bermewahan